Khamis, 22 Mac 2012

MY BLOG

Dah lama tak update my blog.... rindu rasanya... atas kesibukan yang teramat sangat.....insyaallah akan kembali aktif mengupdate blog...maaf kepada followers sbb saya tak reply any comments...lepas ni saya reply yer...

Jumaat, 6 Januari 2012

TAHUN BARU 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Tahun Baru...

Azam Baru...


Semoga Tahun Baru 2012 membawa kebahagiaan dan kejayaan...

Amin...

Ahad, 2 Oktober 2011

PMR 2011

Selamat menduduki peperiksaan PMR buat semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia.

Jangan lupa jawab soalan dengan sebaik mungkin, baca dan fahamkan soalan terlebih dahulu. Jangan bazirkan masa, jawab soalan yang dirasakan mudah dahulu kemudian barulah diikuti dengan soalan yang lebih susah. Semoga kejayaan menjadi hak milik anda semua yer.

Ok, itu saja Good Luck!!!

Sabtu, 24 September 2011

PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN

Ha..ha...





dah berapa hari dah ni.....





menunggu....





tapi tak jugak kunjung tiba....










Hari ni masih mengharap lagi ni....





kot-kot lah tengah hari sat lagi





yang ditunggu kunjung tiba...










Memang betullah kata orang..





penantian suatu penyeksaan....





Sabtu, 17 September 2011

Rabu, 7 September 2011

PMR 2011

Selamat menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 buat semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia....






Tarikh peperiksaan ialah 4 - 11 Oktober 2011






Semoga anda dapat menjawab soalan dengan baik. Ingat pesanan guru ok!









Sabtu, 3 September 2011

JUADAH HARI RAYA



Yang ni juadah raya paling enak....






Walnut Brownies...






huh memang best penangannya...sesuai untuk menaikkan berat badan.






Dimasak sehari sebelum raya...tapi malam raya dah habis makan sebiji...nasib baik buat 2 biji, maka sempatlah hidang kepada tetamu...


rindu lah kat brownies ni....


Khamis ni kita makan lagi yer...







Selamat Hari Raya Aidilfitri




Ahad, 21 Ogos 2011

Aktiviti Di Bulan Ramadhan



Ha....ni sebenarnya hobi saya....apa lagi di bulan puasa ni tak ada kerja lain la, nak makan tak boleh jadi apa lagi....jahit manik lah kat baju raya....


Yang ini sebenarnya baju yang ke 2 dijahit....tiru dalam blog butterfly beads...tak tahulah

jadi ke tak?


Yang ni pulak baju pertama dijahit manik. Pakai hentam ja...tapi kawan-kawan saya kata
yang ni cantik...betullah kata orang lain mata lain pilihannya...kalau tak mana nak habis kan
kain kat kedai.
Baju ni akan dipakai Hari Raya Pertama.....tema tahun ini ialah pink....

Huh...tak sabar dah nak raya...tapi biskut raya belum buat lagi nih....



TEKA TEKI LUCU DI BULAN RAMADHAN

Macam-macam yang dapat dalam Bulan Ramadhan ni....terbaca dalam FB, terima sms....kreatif orang-orang kita ni. Kadang-kadang saya pun tak percaya, bagaimana mereka-mereka ini terfikir benda-benda pelik yang dah menjadi lawak antarabangsa...Tapi orang-orang dari negeri lain jgn marah pulak ya....takut ada yang terguris, bukan nak menghina makanan orang negeri lain....ini hanyalah sekadar gurauan....


Kuih paling seksi - Kuih Puteri Mandi


Kuih paling jahat - Kuih Pau


Kuih gangster - Kuih Lompat Tikam


Kuih lelaki kronik - Kuih Batang Buruk


Kuih paling busuk - Tahi Itik


Kuih untuk awet muda - Kuih Seri Muka


Kuih paling alim - Kuih Ketayap


Kuih dalam zoo - Badak Berendam


Kuih paling tenteram - Kuih Makmur


Kuih orang tak mandi - Kuih Bau-lu


Kuih paling lembap - Kuih siput


Eh lawak betoi la....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...